


A’kum..
Buat tatapan semua sahabat smc 91-95… berjumpa lagi setelah lebih sepuluh thn x dengar citer kalian. Thanks for azman n groups atas inisiatif utk wujudkan blog smc9495..wpun kini diganti ngan blog smc95. Anyway, tujuannya tetap satu -untuk mengumpul semua teman-teman lama yang terpisah…jd gunalah blog ini sebaik mungkin tanpa menguris perasaan teman2 yg lain,ok..sorrylah panjang lak tazkirah aku.
yus,
sorrylah lambat nak anta profil aku kat ko..bz ckit. So spt mana yg ko mintak,, aku akan citer ckit pasal diri aku serta famili aku buat tatapan teman2 dlm blog ni.. nama aku Mohd Azizi bin Hj Ahmad . nickname aku kat blog ni- cikzz..mase di smc aku dlm kelas 1 jujur, 2 luhur, 3 berdikari,4 A5 dan 5A5..abis SPM aku further study kat KUSZA (Diploma Kewangan),
Terengganu selama 3 tahun and then kat UUM (BBA) pun 3tahun…tamat belajar tahun 2002, aku joint Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) di Wisma Negeri, Seremban selama 4 bln. Pada 8 Jan 03 mula kerjaya sebenar aku dlm tentera…mungkin korang nak tau camne aku boleh terjebak ngan dunia tentera…
aku ni anak askar wpun mase aku dilahirkan, arwah ayah aku dah pun bersara (meninggal dunia pada 25 Feb 2000,)..minat tu memang ada mase sekolah tp xdelah membuak2 sgt.Cuma mase aku di Kusza aku dah mula joint tentera melalui Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD), pas tu mase di UUM aku joint lak PALAPES dan ditauliahkan as peg muda pd 8 Mei 2002.kiranya dunia tentera dah x asing bg aku lagi.
Sebaik ditauliahkan dlm Kor Perkhidmatan Am-Gaji, Tentera Darat aku dihantar bertugas di Rejimen ke 4 Kor Armor Diraja, Kuching Sarawak.sebagai Pegawai Gaji (Paymaster), x lama dlm 3bulan jer,,pas tu ditukarkan ke Kem 1 Divisyen, Kuching. Pada 1 Jan 06 aku sekali ditukarkan ke Markas 1 Divisyen, Kuching sebagai pegawai staf 3 gaji & belanjawan selama setahun. Pada 1 Jan 07, sekali aku ditukarkan ke Sekretariat Markas Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur hingga sekarang sbg Pegawai Staf 3 Kewangan.